Monday, October 5, 2009

Nak Berniaga Macam-Macam

Hati ni memang dah lama nak meniaga di internet, tapi tak tahu pula nak meniaga apa. Nak meniaga itu orang lain dah buat, nak meniaga ini pun orang lain dah buat, sampai dah jadi kaya raya pun. Tapi hati aku ni tetap nak cuba juga, apa jadi pun jadilah, tak kiralah sementara semangat tengah berkobar-kobar ni. Lagi pun meniaga di internet ini orang tak nampak muka kita, apa yang nak malu sangat.

Macam mana pun aku dah buat keputusan nak meniaga macam-macam, jual barang fisikal pun boleh, jual barang digital pun boleh, jual tip pun boleh, jual kursus pun boleh dan bagi free pun boleh - dalam dunia ni kita tak boleh berkira sangat, apa yang kita rasa patut bagi free, bagi sajalah.

Ok sajalah setakat ini, posting-posting yang nak mai nanti aku start promote barang aku, bye.

0 comments: