Alang-alang apa saja nak buat duit, lebih baik aku cerita sikit avtiviti aku yang memang tengah dok sara aku la ni. Disamping dok trade forex sekali-sekali, aku lebih sikit bagi tumpuan dekat mengajar sesiapa saja yang nak belajar tentang forex dengan aku.
Aku memang ada buat kelas forex, tapi tidaklah secara besar-besaran. Aku tak buat seminar besar-besar macam orang lain dok buat. Aku banyak tumpu kepada personal coaching. Dalam kelas aku tak lebih daripada 10 orang, senang sikit nak bagi tumpuan. Kalau tak sampai 10 orang, dua tiga orang pun aku ajar, adakalanya seorang sahaja. Aku tak kisah semua tu jangan tak ada orang langsung sudah, nanti soru miss pula....
Aku mengajar dari mula sampai habis, sampai boleh trade. Tujuh puluh peratus dari pelajaran aku tekankan kepada sistem trading, yang lain aku ajar asas forex dan analisis teknikal. Aku bagi indikator percuma kepada pelajar, aku ajar cara nak kendalikan Meta Trader 4, cara nak buka akaun, cara nak masuk dan keluar duit, cara nak buka itu dan ini dan macam-macam lagi. Apa yang penting, bila palajar habis belajar nanti, sekurang-kurang mereka bersedia untuk menghadapi pertarungan dengan forex. Kalaulah mereka kalah, mereka akan tahu mengapa mereka kalah.
Buat masa sekarang ini, aku buka kelas di Alor Setar, sesiapa sahaja yang rasa berminat nak belajar jemputlah talipon aku dekat nombor ini 017-5819862. Call jangan tak call, kita boleh cerita. Aku juga tengah pakat dengan member-member aku nak buka centre untuk gang-gang forex di Alor Setar lepak sambil trade, kalau nak kami tolong ajar dan tolong trade pun boleh kita boleh bincang. Tengok lah kalau ada rezeki. Insya'ALLAH.
Tuesday, November 10, 2009
Forex Personal Coaching
Labels: KELAS FOREX
Posted by chotfuzie at 11:23 PM 0 comments
Friday, November 6, 2009
MENGKUDU -- NONI -- SIHAT -- BUAT DUIT
Kalau cerita pasal buah mengkudu atau noni banyak sangat dah orang lain dok cerita Aku pun tak perlu nak cerita banyak sangat pasal buah ini. Nak cerita banyak sangat pasal buah mengkudu ni pun aku bukannya pakar, kalau pakar nutritious tu lain lah.
Apa yang penting bagi aku ialah kesan buah mengkudu atau noni itu kepada kita apabila mengambilnya, nak pula kita memang jenis yang ada penyakit. Dan aku sibuk nak promote pasal mengkudu ini pun memang ada sebab. Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri bagaimana kawan aku yang baru saja mengidap diabetis atau kencing manis turun kandungan gulanya selepas beberapa hari mengambil pruduk mengadungi mengkudu ini.
Yang syoknya juga, selain badan kita sihat peluang nak buat duit atas produk ini pun terbuka luas. Tak kira sama ada kita nak jual ke, tak nak jual ke ada jalan dan caranya untuk kita buat duit. Apa kata kita ke sini untuk mengetahui sega-galanya.
Jika Kita Ada Gejala-Gejala Dan Penyakit Seperti Ini:
Penyakit Barah
Penyakit Jantung
Strok
Diabetis
Afrodiasak
Kegemukan
Masaalah Tidur
Tekanan
Alergik
Masaalah Pencernaan
Rheumatism
Masaalah Penafasan
Gangguan Funsi Otak
Rasa Kuarang Selesa
Penyakit Buah Pinggang
Sila melawat di sini untuk penerangan seterusnya.
Jika ingin mencari wang lebihan, juga boleh ke sini untuk penerangan lanjut.
Posted by chotfuzie at 12:15 PM 0 comments
Monday, October 19, 2009
Pendapatan Forex Dengan Robot
Sebagai seorang forex trader, aku nak juga bagi tau, berforex secara manual ni kadang-kala amat memenatkan. Bukanlah aku nak kempen pasal Forex Cyclone ni, kalau bukan pasal robot ni pun memang aku dapat rasa sekali, memenatkan. Tetapi sebab dah nak cari makan dan memang aku dah biasa dengan berforex secara manual ni, aku buat juga la.
Apa yang aku nak ceritakan disini, sesiapa saja yang rasa dah penat trade forex cara manual dan kalau nak cuba trade sambil relaks, aku syorkan pakai Forex Cyclone. Aku sendiri akan mencubanya. Bukan apa, kalau aku pakai robot ni, sekurang-kurang aku dapat bandingkan dengan system yang aku pakai trade secara manual. Aku boleh buat 'check and balance' dengan sistem aku yang dah ada, dan ada baiknya juga. Komputer desktop aku buat secara manual dan laptop aku pakai robot. Banyak dah aku tengok geng -geng professional trader pakai 2 atau 3 komputer untuk trade forex.
Kadang-kadang kita terasa letih sangat, nak trade pun kadang-kadang tak ada mood, kalau ada Forex Cyclone, sekurang-kurangnya trading kita tetap berjalan, robot mana tau penat. Apa yang penting kita pakai platform Metatrader 4, ikut sahaja arahan untuk install segala-galanya akan berhasil dalam beberapa minit sahaja. Nak install tak pakai time-frame, melawak saja no.
Menggunakan Forex Cyclone tidak memerlukan modal besar untuk trade forex, $ 100 pun sudah cukup. Kalau rasa tak cukup bubuh duit banyak pun tak apa, air banyak ikan tak mati - ini pepatah orang main saham. Bila dah masukan modal tu, tradelah sambil duduk relaks dan tunggulah untung-untung yang nak mai nanti. Nak tau lebih fasal robot ni, sila klik disini.
Posted by chotfuzie at 11:26 AM 0 comments
Sunday, October 18, 2009
Apa Kata Barang Digital
Kadang-kadang aku bingung juga nak buat business ini. Apa tidaknya, mula-mula aku betul-betul motivated, cari barang itu, cari barang ini, aku pergi ke courier service dan aku pi juga pos laju tanya itu, tanya ini dan sekarang dah faham lah sikit-sikit. Macam-macam lagi aku kena buat, bukan senang nak cari makan dan bukan senang nak senang pun. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai perkasam tu habis, kemudian seluk lagi bekas perkasam yang lain.
Alang-alang aku nak jual apasaja, apa kata aku start dengan jual barang digital dulu sementara aku prepare barang-barang lain. Lagipun barang digital tidak kurang hebatnya juga, aku dengar banyak orang dah buat duit jual barang digital. Barang digital juga ada bermacam-macam jenis, ada fasal forex, ada fasal kesihatan, ada jam digital, ebook, pendek kata sebut sahaja kebanyakannya ada. Banyak barang digital beri kita pengetahuan atau knowledge dan ' knowledge tu power '. Aku sendiri dah banyak habis beli barang-barang digital, terutamanya barangan yang kena mengena dengan forex dan memang aku mengakui barangannya banyak yang power dan boleh digunapakai, sampai hari ini pun aku cari makan dengan forex.
Ok lah, nanti aku cuba tengok barang-barang digital fasal forex, aku cuba survey dulu, mana tau kot-kot ia boleh digunapakai, boleh juga kita sama-sama buat duit. Peluang yang ada kita bagi tau, kita tak boleh tamak sebab orang tamak selalu rugi, kalau pun ia tak sekarang ini, lambat laun dia akan rugi juga. Bye.
Posted by chotfuzie at 1:01 AM 0 comments
Monday, October 5, 2009
Nak Berniaga Macam-Macam
Hati ni memang dah lama nak meniaga di internet, tapi tak tahu pula nak meniaga apa. Nak meniaga itu orang lain dah buat, nak meniaga ini pun orang lain dah buat, sampai dah jadi kaya raya pun. Tapi hati aku ni tetap nak cuba juga, apa jadi pun jadilah, tak kiralah sementara semangat tengah berkobar-kobar ni. Lagi pun meniaga di internet ini orang tak nampak muka kita, apa yang nak malu sangat.
Macam mana pun aku dah buat keputusan nak meniaga macam-macam, jual barang fisikal pun boleh, jual barang digital pun boleh, jual tip pun boleh, jual kursus pun boleh dan bagi free pun boleh - dalam dunia ni kita tak boleh berkira sangat, apa yang kita rasa patut bagi free, bagi sajalah.
Ok sajalah setakat ini, posting-posting yang nak mai nanti aku start promote barang aku, bye.
Labels: Intro
Posted by chotfuzie at 4:01 PM 0 comments

