Sunday, October 18, 2009

Apa Kata Barang Digital

Kadang-kadang aku bingung juga nak buat business ini. Apa tidaknya, mula-mula aku betul-betul motivated, cari barang itu, cari barang ini, aku pergi ke courier service dan aku pi juga pos laju tanya itu, tanya ini dan sekarang dah faham lah sikit-sikit. Macam-macam lagi aku kena buat, bukan senang nak cari makan dan bukan senang nak senang pun. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai perkasam tu habis, kemudian seluk lagi bekas perkasam yang lain.

Alang-alang aku nak jual apasaja, apa kata aku start dengan jual barang digital dulu sementara aku prepare barang-barang lain. Lagipun barang digital tidak kurang hebatnya juga, aku dengar banyak orang dah buat duit jual barang digital. Barang digital juga ada bermacam-macam jenis, ada fasal forex, ada fasal kesihatan, ada jam digital, ebook, pendek kata sebut sahaja kebanyakannya ada. Banyak barang digital beri kita pengetahuan atau knowledge dan ' knowledge tu power '. Aku sendiri dah banyak habis beli barang-barang digital, terutamanya barangan yang kena mengena dengan forex dan memang aku mengakui barangannya banyak yang power dan boleh digunapakai, sampai hari ini pun aku cari makan dengan forex.

Ok lah, nanti aku cuba tengok barang-barang digital fasal forex, aku cuba survey dulu, mana tau kot-kot ia boleh digunapakai, boleh juga kita sama-sama buat duit. Peluang yang ada kita bagi tau, kita tak boleh tamak sebab orang tamak selalu rugi, kalau pun ia tak sekarang ini, lambat laun dia akan rugi juga. Bye.


0 comments: